Wednesday 21 August 2013

Sejarah SMK Muhibbah


  Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah Sungai Siput (U) Perak dibuka pada 1 Januari 2011. sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan dengan kemudahan-kemudahan seperti pejabat, bilik gerakan, bilik-bilik darjah, bilik mata pelajaran, makmal sains, makmal sains pertanian, makmal komputer, bengkel kemahiran hidup, bengkel pertanian dan ERT, bilik guru, bilik kaunseling, bilik pengawas, pusat sumber sekolah, bilik muzik, bilik rawatan, surau, dewan terbuka, kantin, tapak perhimpunan dan padang sekolah.

  Pada awal pembukaan sekolah ini, terdapat seramai 11 orang guru dan 6 orang staff sokongan yang berkhidmat di sekolah ini manakala jumlah pelajarnya pula ialah 160 orang pelajar yang menikuti pengajian Tingkatan Satu. Pengetua sekolah yang pertama ialah Encik Mohd Azam bin Mahmud.

  Kini sekolah ini telah mengalami pelbagai perubahan iaitu bilangan kakitangannya telah berubah dimana ia kini mempunyai seramai 68 orang guru dan 11 orang staff sokongan anakala pelajarnya telah meningkat kepada 644 orangpelajar yang mengikuti pengajian dari Tingkatan Satu hingga Lima. Pengetuanya sekarang ialah Tn. Hj. Mat Jaafar bin Hj. Mat Zain.

No comments:

Post a Comment